Tentang masa masa hadapan

Terlalu banyak yang aku ingin ceritakan. Tapi biarlah satu persatu menjadi realiti sebelum ia sampai ke sini.

Aku sedang mencuba sekeras hati untuk berkisar tentang diri sendiri. Terasa juga kosong, tapi ini adalah jalan terbaik untuk aku.

Semakin lama, semakin kurang aku bertemu rakan rakan. Kalau berjumpa, tak pernah sekadar lepak. Pasti ada penyebabnya. Aku lebih rela bersendiri, berlari atau membaca, bermain dengan kucing kucing atau menonton cerita yang menghiburkan aku.

Aku cuba untuk selalu menghiburkan hati. Kasihan dengan diri yang selalu berdentum sedih. Aku sepatutnya gembira dengan diri sendiri, sepatutnya sudah berjaya bergelak tawa tentang kebodohan diri. Tapi belum mampu, mungkin masih berdenyut lukanya.

Aku kira, aku perlu kurangkan masa berkomunikasi dengan manusia dan lebih bersama Tuhan didalam diam. Lebih harus kerap menyebut nama Tuhan dari mencarut berterusan.

Satu persatu. Sudah sampai ke penggal ketiga 2018. InsyaAllah, aku akan cuba yakin dengan aturan Tuhan. Amin.

Advertisements

23

“You are full with colors. With few parts that seems floating in the sky, hanging soullessly. And this remind me of your face, your stories and your dreams,”

I never knew that it could be this painful to survive out from your existence.

This isn’t love, isn’t what I wanted. 

Never. 

 

Mengingatkan apa apa yang memanusiakan

DSC06873.JPG

PeaceBeUponYou Store. Tempat melepak paling kerap aku kunjungi untuk tahun ini

Seperti yang dijanjikan, jika adalah yang menunggu, aku ingin karang apa terjadi didalam hidup aku sejak kali terakhir aku menulis disini. Kalau diingatkan kembali, wujudnya ruang ini adalah untuk aku ceritakan tentang perihal perjalanan, makanan dan macam macam. Tapi untuk seorang yang telalu terbuka dengan perasaannya, aku rasa blog ini sudah semakin menjadi sesuatu yang peribadi buat aku.

Biarlah aku karang satu persatu tentang keadaan aku sejak bulan Januari, 2018 supaya jika ada yang terasa asing dari aku, ini dapat menjelaskan sedikit sebanyak perubahan diriku.

Teach For The Needs

Bermula dari Januari 2018, selesai aku menulis tentang Ipoh, aku terbang ke Kota Kinabalu Sabah selama 4 hari. Mungkin tempoh masa itu sesuatu yang lama,tapi atas urusan bersama sebuah badan organisasi, Teach For The Needs (TFTN), aku merasakan tempoh itu berada di Kota Kinabalu terlalu singkat. Aku kesana sekadar membantu rakan rakan sukarelawan dari TFTN dan juga 1Moment4Them menjayakan konsert amal. Selain dari itu, aku dapat ke perkampungan orang Bajau Ubian, yang terletak disebelah Universiti Malaysia Sabah. Kami ke situ untuk mendokumentasikan perihal masyarakat kampung yang tidak punya kad pengenalan, sijil lahir dan berbagai lagi yang mentakrifkan hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Kehidupan di kawasan itu terlalu daif jika dibandingkan dengan jiran mereka, sebuah universiti awam tersergam indah.

Lagi gambar dan detail tentang trip ke Kota Kinabalu, ada di Instagram aku di sini

Ipoh: City of Love

DSC08611

Bulan bulan kemudianya banyak dipenuhi dengan Ipoh: City of Love (ICOL). Satu kempen yang diasas oleh Mohd Jayzuan (Jay) dan dibantu oleh beberapa orang termasuklah aku. Aku perlu menceritakan sedikit tentang ICOL. Setelah dua tahun Jay memeram idea ICOL, aku berasa sedikit terharu dan hiba bila video teaser pertama ICOL keluar pada Februari 15. Dua tahun sebelum munculnya video itu, setiap perbincangan ICOL dihadiri aku setiap satu dimana Jay akan muncul dengan idea itu ini dia dan bersama Sheera dan kawan kawan lain, kami akan bincang dengan panjang lebar. Sama sama dengan Jay untuk ICOL membuatkan aku faham kenapa dan macam mana Projek Rabak boleh hidup mekar. Ya, ini adalah Jay yang sama membina Projek Rabak. Kini, ICOL dah secara umumnya hidup selama 4 bulan. Masih bayi dan tidak sabar aku tunggu apa akan jadi dengan ‘anak’ ini. Semoga kau membesar dengan kool dan genius.

DSC08268

Dari ICOL lahir lagi seorang anak, Emo Now Grrlz yang aku kira banyak menjadi stabilizer hidup aku selama beberapa bulan ini. Setiap kali terasa anxiety dan ingin lari, I’ll go to them dan with no question asked, kami berhimpun di Vegas sambil makan dan anyehnyehnyeh (Terlalu besar definisi perkataan ini untuk aku tulis satu persatu. Dia lebih kurang macam the act of mengada ngada, nanes nanes tanpa rasa judgement). Selain dari Emo Now Grrlz, ada juga Kelab Patah Hati yang dicipta khas sebagai ruangan mencurah rasa patah hati tanpa sebarang judgement.

Aku juga sempat ke Mersing, Johor atas tiket Project Vacation. Tentang trip itu, ada aku tulis di sini.

DSC09795.JPG

Jeti di Kepulauan Mersing

Sesakkan diri, makan diri

Terlalu banyak untuk aku tuliskan satu persatu perkara yang terjadi didalam hidup selamat 4 bulan lamanya. Anxiety diri semakin menjadi jadi dan ia menyebabkan aku begitu cepat terasa hati dengan orang orang terdekat. Selama 4 bulan ini jugak, aku cuba membentuk diri aku sendiri. Usia yang semakin lanjut ini berpesan kepada aku yang kita tidak akan tahu bila saat terakhir paru paru berhenti menyedut udara bernafas. Boleh jadi sekejap lagi atau esok hari.

DSC09141.JPG

Untuk itu, aku sedaya upaya meninggalkan apa apa perkara yang menghibakan. Termasuklah orang orang yang tertentu. Ada seorang kawan bertanya,adakah mungkin aku akan memaafkan kekhilafan orang dan menerima semula mereka didalam hidup. Jawapan aku mungkin tidak akan memuaskan hatinya tapi cukuplah untuk aku katakan, 6 bulan pertama bulan 2018, aku cuba membuang rasa bersalah dan mencari perkara perkara yang menggembirakan jiwa.

Sebenarnya, aku begitu letih kerana mendahulukan orang lain selain dari diriku sendiri. Aku pernah terbaring dikatil dan menangis melihat gambarku sendiri. Mengasihani diri sendiri kerana terlalu cuba untuk memenuhi kehendak orang lain. Terlalu sedih sehingga aku menulis pada seorang yang pernah mengecewakan aku. Aku cuma perlukan satu jasad mendengar ratap dan ratip, tanpa kira siapa dia.

DSC00597.JPG

Aku yakin, kita semua disini ada cerita sedih sendiri. Kita sering dihimpit masalah diri yang secara tidak sengajakan terhempas pada orang lain. Aku yakin, kita semuanya jiwanya baik, tetapi sering disalah ertikan. Jadi, aku mahu mohon maaf jika aku membaling rasa ketidakpuasan aku kepada engkau yang sedang gundah menyusun penyelesaian masalah.

Aku harap kita semua berusaha untuk membahagiakan diri sendiri dan membiarkan orang lain menari dengan kegembiraan diri dia walaupun mungkin kegembiraan itu salah dimata kita. Kita cuba untuk melihat yang terbaik dari tiap tiap perbuatan orang dari menunding kesilapan dia.

Oh ya, aku akan ke Sabah sekali lagi pada bulan hadapan. Mungkin akan ada cerita sendiri nanti. Kalau ada masa, aku akan tulis.

Lagi 6 bulan menuju ke hujung 2018, aku harap, semuanya baik baik belaka. Semuanya dibawah lindungan Tuhan.

4 Purnama yang bisu

Tenang tenang.

Aku masih ada. Sedang menyusun hidup dan usaha mencari jalan paling lurus. Cuma kadang kadang lupa, jalan lurus itu boring dan hidup sentiasa akan memanusiakan kita bila kita mula selesa.

Ya, aku ada.

Dan bermacam macam perkara aku buat sepanjang 4 purnama yang sunyi di ruang ini.

Pergi berjalan jalan, hati di-patah, bercawan cawan kopi dan ketawa yang tak berhenti-henti. Jadi tunggu sekejap. satu satu sedang aku uruskan. Sedang aku susun agar otak aku tidak menggila kembali kepada hujung tahun lepas yang make me sad, sampai sekarang aku tak boleh brain macam mana aku masih lagi hidup sampai sekarang.

Ya, Ili memang emosi. Sebab itu kena sentiasa berhati hati. Nanti aku tulis satu satu.

DSC09253

Meraikan sesuatu yang Ipoh

WhatsApp Image 2018-01-10 at 13.44.10 (3)

Aku tidak akan pernah mampu untuk berhenti bercakap tentang Ipoh. Ya mungkin sebab aku dilahirkan disini, dibesarkan disini, jatuh naik disini. Tapi Ipoh selalu jugak memberikan aku kejutan kejutan hidup yang buatkan aku menjadi lebih manusia dari hari hari sebelumnya.

WhatsApp Image 2018-01-10 at 13.44.10

Kopi Ais Cincau di New Hollywood yang asyik

Mungkin bila perkataan Ipoh muncul,ramai yang terus menjurus Ipoh dengan makanan dan minuman. Mana mungkin kau sebut Ipoh tanpa membayangkan White Coffee dan juga benda lazat seperti Chee Cheong Fun, Nasi Ganja dan Durian Pulut. Memang Ipoh akan sentiasa berkait rapat dengan selera tapi ketahui jugalah Ipoh dipenuhi jiwa jiwa lain.

6 Januari lepas, beberapa minggu selepas pelancaran Pendosa, kedai PeaceBeUponYou sekali lagi jadi tempat event cool. PeopleSiris, sekumpulan photographer yang tinggal/berasal dari Ipoh adakan satu exhibition berjudul Ipoh Revisited 2018, gambar gambar perihal Ipoh dan Perak. Dan seperti biasa, keraian yang sebegini adalah sesuatu yang aku suka. Makanya aku ke sana.

Event itu bagi aku, menggambarkan Ipoh sebenarnya. Low key tetapi ada value pada yang memuja sesuatu yang ikhlas. Jurugambar jurugambar kebanyakkannya amatur tapi hasilnya indah dan ‘bercakap’.

 

DSC_0151DSC_0024DSC_0192

Satu lagi yang menarik perhatian adalah Sufjan Co. An upcoming local wear dari Ipoh. Sangat minimalis dan bersahaja. Waktu soft launching Ipoh Revisited, Sufjan Co buat satu artshow yang lain dan segar. Bukan your usual fashion show, ada spirit dan soul .

Mungkin aku bias kerana terlalu sayang pada Ipoh dan orang orangnya tetapi aku rasa Ipoh adalah satu stage untuk mereka yang nak mencuba sesuatu yang baru. An experiment stage. Kau boleh bikin show apa apa pun, di Ipoh, pasti ada yang datang menonton menyokong, lebih lebih lagi jika seni yang disembahkan. Seronok atau tidak, belakang kira sebab apa yang penting adalah kau berani buat sesuatu.

DSC_0253

Psychos Chaos

Beberapa minggu sebelum Ipoh Revisited, sehari sebelum perlancaran Pendosa, ada diadakan tayang pertama filem indie, Karya oleh Abror Rivai. Tayangan percuma di Rumah Karya @ MOVR. Melihat dari penonton yang datang, bagi aku, itulah Ipoh. Simple tak ada apa fancy, layan movie lepas tu makan bihun.

25734450_1899752846719269_1922954419475849363_o (1)

Kita boleh argue bandar lain ada itu ini semua, betul. Tidaklah aku angkat Ipoh begitu tinggi kerana dia juga ada cela tersendiri. Apa yang aku mahu highlightkan adalah bawaklah apa juga pembaharuan, Ipoh akan kekal dengan attitude dia.

Baru baru ni, Ridduan Ismail jurugambar fesyen yang lebih terkenal dengan nama TTFGA ada menulis tentang Ipoh di Instagram selepas datang ke Ipoh untuk sesi TTFGA Take It To The Street, “Without a doubt IPOH is def the most chill city,” dan Noh Salleh yang buat tour di Ipoh, September lepas pun hampir kata benda yang sama.

 

Aku pernah tulis definisi sendiri tentang Ipoh pada 28 May 2017,

Ipoh terlalu biasa hingga menjadi yang paling sukar didefinisi. Minum kopi sampai mabuk terus addicted macam makan nasi Yong Suan hari hari dan membeli belah di Loken yang panas menggila tu.

Setakat sehari dua, memang tak boleh feel apa itu Ipoh. Cuba hidup sebulan dua. Bandar penuh orang tua berhati muda dan orang muda berjiwa tua.

Kalau Ipoh adalah manusia, dia adalah seorang yang suka buat benda syok sendiri dan ketawa dengan lawak basi. Dia tak suka jadi mainstream.

Ipoh adalah sejenis tempat rahsia. Kalah kekasih gelap kau.,”

I stand corrected.

 

Dan ini video dari Cech Andrea dan Nawfal Zamri tentang Ipoh. Walaupun video ni tidaklah menceritakan Ipoh dan keseluruhannya, tapi boleh dikatakan, kehidupan di Ipoh, lebih kurang beginilah.

 

DSC_0009

Ipoh, the beauty and ugly, I love you.

p/s: Credit gambar goes to Afham Suhaimi

 

#ilicheapskate: 5D4N di Krabi-Hatyai

25626455_10213558925741807_7296380896981840759_o

Bulan lepas aku dan rakan rakan ke Krabi dan Hatyai melalui jalan darat dan naik keretapi. Ini ada jadual perjalanan aku jika ada sesiapa yang ingin menggunakannya. Jika ada apa apa soalan, boleh terus tanya aku di instagram: www.instagram.com/theiliaqilah 

MAIN
Train ETS dari Ipoh – Padang Besar (Return): RM100
Van dari Padang Besar – Hatyai: 200Baht
Van dari Padang Besar – Krabi: 290Baht (Negotiable)
Van dari Krabi – Padang Besar: 300Baht (Negotiable)
Hostel in Krabi – Holiday Station: 220Baht per night (dorm)
Hostel in Hatyai – The Hive: 300 Baht per night (Dorm)

Day 1

1. Arrived at Padang Besar 5am. Immigration opens at 7am

2. Two options to get to Hatyai: Train or Van. We choose the van sebab first train jam 9pagi. Servis van dapat di stesen Padang Besar. There’ll be few taxi drivers, van drivers waiting at the café at the station. They gonna ask where you wanna go. But because we arrived at 5am, there was only one uncle and his rate is flat. You can also negotiate the rate here. It’s about 1 hour from Padang Besar to Hatyai.


3. From Padang Besar we were taken straight to Hatyai bus / van station. The moment you guys turun dari van, there’ll be other drivers asking where you wanna go etc. You can also negotiate here. The cheapest we got was 290Baht one way. The journey is around 4-5 hours of traveling. Depending on your driver. They will bring you to an R&R. Dekat sini ada jual makanan halal, ada surau, ada jual rokok and ada internet if you need one. They will stop here for about 15-20 minutes.
4. Arrived at Krabi station, again ada banyak tuk tuk to get you the town. For this trip, I choose to stay at the town but you can also stay in Aonang if you want the whole ‘lepak pantai’ vibe. From this station to Krabi town is about 60Baht and it’ll roughly cos about 100Baht if you wanna go to Aonang.


5. We book our hostel from Agoda.
6. There are a lot of halal food in Krabi town. If you are there from Monday to Wednesday, there is a halal food market with music performance. If you are there during any other day, don’t worry. Ada lagi dua market yang jual makanan halal.

Day 2

1. Hari Kedua di Krabi is all about exploring the city. The reason why I choose to stay at Krabi Town was because I’ve been to Aonang for several times. So for this trip, I decided to do something differently.
2. Di Krabi Town, you guys can go to the Tiger Cave. Famous for being crowd favourite untuk
sunrise and sunset. BUT, kena naik tangga yang about 1237 steps. I’ve been there once,
memang penat tapi worth the view. Entrance adalah percuma. Boleh naik tuk tuk to go there.

25395076_10213506599833692_2084740213402613810_o

Wat Kaew Korawaram

3. Because I’ve been there one, I head to another temple instead. Wat Kaew Korawaram. Pun free entrance. I go to these temples to see the architecture and learn about other religions. Saja saja go sebab why not. And the temples are really pretty.
4. Another reason why I choose to stay in Krabi town sebab the food is cheap here compared dari Aonang. Kalau di Aonang, it’ll cost extra 30-40 baht. But Aoanang memang cantik.
5. Second day ni we wander around town and cari pakej to go snorkeling and island hoping. Top three paling famous kalau di Krabi adalah Phi Phi Island, Four Islands dan Emarald Pool. But, again sebab I’ve been to all of them, I choose to go to Hong Islands instead. Plus its cheaper (Ini adalah trip budget)

25398287_10213514534432052_8866500729639415541_o

Inside Wat Kaew Korawaram

6. But if you don’t mind spending extra, I’ll suggest Four Islands via Long Tail boat. Nak naik speed boat pun boleh but usually they cost extra 200baht. All island hoping and snorkeling packages comes together with lunch, snacks and snorkeling equipment.
7. So how to get cheap price: Negotiate. The Thais are very nice and polite so please do you negotiation in the same manner okay. Biasanya they will offer you half the price shown on the brochure. Contoh for this trip, I went to Hong Islands. Initial price was 1800Baht via Long Tail Boat, but as we go search around town, We managed to get 600Baht only via Long Tail Boat. I think its pretty cheap. But please note that if you wanna go to Hong Island tour, prepare another 300 Baht untuk entrance ke National Park.
8. There are a lot of reviews about the Thanbok Khoranee National Park. Ada yang cakap nice ada yang cakap tak. My personal opinion? I think its pretty and there’s a lot to discover. Snorkle kat sini luas, ada port boleh buat small hiking, ada sungai and macam macam lagi.

Day 3

1. Hari ketiga ni betul betul untuk island hoping saja. Guide akan ambil di tempat kita tidur roughly around 7am and terus bawa pergi Aonang Pier. Kalau dari town, penjalanan dalam 20-30 minutes.

25627018_10213561409083889_2626040023151573819_o

Snorkeling at Thanbok Khoranee National Park


2. Selesai activity biasanya sampai jam 5 petang. So after cleaning up,we just stroll around town. Visit cool shops, eat street food dan lepak depan sungai. Kalau tinggal di Aonang, lepaklah pantai sampai malam.
3. We also went on to search for van heading to Hatyai. First Van biasanya jam 7 pagi. So we get that one. Harga boleh negotiate. Paling mahal we get was about 500 Baht dan cari cari dapat 300 Baht saja.

Day 4

WhatsApp Image 2018-01-03 at 14.12.551. Heading back to Hatyai via Van. Sampai je Hatyai we went on jalan jalan around Hatyai. Nothing much di town Hatyai unless you are into shopping etc.
2. Main attraction di Hatyai has got to be their Floating Market kat Khlong Hae. From the town to Khlong Hae is about 20-25 minutes, 60 Baht. Market ni buka hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 3 petang sampai 8 malam. Yang dijual di floating section semua halal. So if you are looking for Pork, pun ada tapi di bahagian atas. Ada juga jual souvenirs, clothes dan macam macam lagi if you want.

26024190_10213584907831343_2791807487011517088_o

Khlong Hae Food Market

 

3. Ada certain tuk tuk driver akan offer to wait for you to finish your shopping and dining. Tapi they will charge you extra-lah. I didn’t ask ours to wait sebab banyak je tuk  available. Dari Khlong Hae back to our hostel rate sama je 60 Baht. We ended up lepak here the whole day sebab the vibe is nice here, ada music and kids performance. Macam pesta skala rendah.

Day 5

1. Hari pulang ke Padang Besar. Since masa pergi we opt for van, kali ni nak balik ke Padang Besar we choose the train.

2. Train cuma dua kali je sehari and the ticket is limited. Kaunter buka jam 8pagi tapi pukul 7 pagi dah ada orang beratur. And in fact, when we arrived at 8:30am, Cuma tinggal tiket berdiri sahaja.

3. Standing fee is 70 baht, one way, 1pm (Thai time)

4. Lepas beli tiket, we walk around the town visit pasar pagi to buy some last minute souvenirs and head to the train station at 12.

5. So here’s the one thing you need to know, kalau your ticket is standing, you gonna need to wait till all the seated passengers to enter the coach first, then the guard will allowed you to go in. And they aren’t punctual. Our train gerak at 1:15pm (Thai time) and arrived around 3:15pm (Malaysia time)

6. We arrived at Padang Besar station on Sunday. Despite the hectic crowd, immigration c unter at the station buka 2 kaunter sahaja. So you gotta scheduled your train right. The next train heading to Butterworth/Ipoh/Kuala Lumpur is at 3:30pm. Knowing this earlier, we purchased our ticket at 7:30pm. So selamat tapi bosan sikitlah menunggu sebab there’s nothing to do at the station. If you are up for it, boleh go to Padang Besar to see the town or to do last minute souvenir shopping.

Important note

1. Imigresen ada dua. Satu for the train passengers only. Another is you have to go up to level 1, lalu café dia dan kena lalu jejantas, turun naik tangga. So for those heavy packers, get ready ya.
2. Halal food is not a problem at all in Krabi and Hatyai.
3. I spent Rm500 /4000baht for this trip: Transportation, Accommodation, Food and Island Hoping
4. Pekan Krabi biasa senyap selepas jam 9pm tapi kalau di Aonang, night life dia meriah sedikit
5. Banyak lagi fancy places in Hatyai and Krabi but this is cheap trip, so we cut a lot of places.

Nak tanya apa apa pun boleh di Instagram. Sorry if itinerary ini tak macamitinerary orang lain. I never done this before.

Oh and Have a fun trip!

WhatsApp Image 2018-01-03 at 14.58.13

So long Krabi and Hatyai

2018, Happier Dreams

Semalam, seperti tahun tahun sebelumnya, aku di Lost World sambil mata kaku memandang bunga bunga api yang begitu mesmerizing.

Satu badan juga kaku melihat bunga sebesar besar alam memancar terus ke langit dan terus terlihat betapa besarnya langit.

5

2 Disember 2017

Melihat langit, aku terus sedar sekecil mana diri aku dan permasalahan diriku. Dunia terlalu luas untuk aku hukum ketidak-adilan yang menimpa diri pada tahun sebelumnya.

Sebelum aku beradu lewat jam 2 pagi,  aku baca kembali mesej mesej yang bikin hatiku terluka teruk, ayat ayat yang disantun kemas meletakkan aku sebagai sahabat keji dan pemaafan sebagai tanda mengakhiri persabahatan yang lama.

 

 

Gila babi betul 2017. 

3

Pelbagai cela dan celaka tembus masuk keluar dalam badan, hati dan akal aku. Diri aku melayan diri sendiri seperti kertas tembakkan di lapangan menembak. Aku yang memegang pistol menembak terus ke diri sendiri.

Anehnya aku masih lagi disini kukuh bernafas seperti biasa. Lantas membuat aku terfikir tentang idea aku untuk menamatkan hidupku sendiri. Jika seberat seberat ujian 2017 yang Tuhan turunkan padaku masih lagi mampu memberikan aku sedikit ruang sempit untuk bernafas, adakah sebenarnya aku lebih kuat dari apa yang disangkakan?

2018, tolong jadi lebih indah dan bahagia buat aku.

Aku benar kepingin pindah dan tinggal di Jepun, di bandar Osaka jika boleh. Dan bekerja sebagai jurugambar atau jurutulis atau guru atau sebagai PR. Pulang ceria dari kerja, bancuhkan teh hijau dari Kyoto sambil makan mochi buatan sendiri. Waktu menunggu kekasih (1 Januari 2018 status masih Bakal Kekasih) kembali dari kerjanya, aku pegang kemas buku buku Bahasa Melayu dan Inggeris yang aku bawa dari Malaysia dan dibaca sehelai helai.

Dan makan matcha ice cream all day everyday di Osaka

Aku benar mahu tinggal di Jepun dan berbahagia terus disana. Bukan lari dari siapa pun, cuma 2018 aku mahu mengejar bahagia untuk diri sendiri.

2018, aku bakal perlukan wang yang lebih banyak untuk melihat dunia. Kuatkan semangat aku, Tuhan. Agar aku kekal terus gigih berusaha, menjadi anak yang solehah, kakak yang baik, sahabat yang berguna dan lebih gembira dari tahun tahun yang lain.

 

 

 

 

Selamat tinggal 2017, yang begitu degil.

2018, kita jadi lebih baik ya.

4